Sunday, March 22, 2009

Undang-undang Kontrak

Kontrak boleh ditakrifkan sebagai 'perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang' sepertimana telah diperuntukkan dalam Seksyen 2 Akta Kontrak 1950 (disemak 1974). Berdasarkan kepada pengertian tersebut dapat difahami bahawa kesahihan sesuatu perjanjian itu penting untuk mengiktiraf perjanjian itu sebagai kontrak. Oleh yang demikian bagi melihat samada sesuatu kontrak itu adalah sahih atau tidak proses pembentukan perjanjian hendaklah dilihat oleh kedua-dua pihak yang membuat perjanjian agar sebarang tindakan boleh dikuatkuasakan dengan proses tindakan undang-undang.
1.1 Tawaran dan Penerimaan
Antara proses pembentukan perjanjian yang boleh dilihat adalah dengan melihat samada elemen-elemen kontrak telah dapat di penuhi atau tidak dalam sesebuah kontrak. Antara elemen-elemen tersebut adalah terdapatnya tawaran dan penerimaan dalam sesebuah kontrak. Ini adalah kerana pendekatan umum yang akan digunakan oleh mahkamah dalam menentukan sama ada wujud atau tidak perjanjian antara kedua-dua pihak ialah dengan melihat sama ada, ada tawaran yang pasti dibuat oleh satu pihak yang diterima oleh pihak yang lain. Yang mana keputusan ini telah dinyatakan oleh Yang Arif Hakim Gopal Sri Ram dalam kes Elehardt Marine GMBH lwn Syerif Mahkamah Tinggi Malaya & Yang lain-lain [2001]3 CLJ 864.
Tawaran boleh dedifinisikan dengan merujuk kepada Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950 di mana telah memperuntukkan bahawa:-
"apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dariapda berbuat sesuatu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan".
Sehubungan itu dapat dinyatakan bahawa cadangan dalam peruntukan di atas boleh membawa pengertian yang sama kepada tawaran.
Perundangan kontrak di Malaysia dengan England hakikatnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara malah setiap keputusan yang diguna pakai adalah sama antara kedua-dua sistem kehakiman bagi negara-negara tersebut. Apatah lagi jika perundangan England akan digunakan oleh perundangan Malaysia jika di dapati terdapat lacuna dalam sistem perundangan Malaysia. Seperti contoh dalam keadaan-keadaan seperti samada sesebuah kontrak tersebut boleh dikatakan telah terdapat tawaran atau ianya hanya pelawaan candangan sahaja ("invitation to treat") dan adakaha samada penerimaan dalam sesebuah kontrak itu hasil daripada tawaran atau pelawaan cadangan itu telah mewujudkan perjanjian yang sahih atau tidak.
Seperti contoh dalam kes Coelho v The Public Services Commission [1964] MLJ 12 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa ' iklan yang ditawarkan adalah merupakan pelawaan kepada sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan tersebut di mana pengeluar iklan itu berhak untuk menolak atau menerima permohonan yang diterimanya'.
Jika dilihat berdasarkan kepada fakta kes di atas, apa yang dijelas yang dapat disimpulkan bahawa tindakan The Pulic Services Commisison tersebut dengan mengiklankan jawatan kosong dalam The Malay Mail hanyalah merupakan pelawaan cadangan sahaja dan ianya terbuka kepada masyarakat umum. Malah ianya menjadi hak kebebasan kepada Public Services Commission untuk menerima Coelho sebgai salah seorang pekerja mereka atau tidak dan pelawaan cadangan tersebut bukanlah merupakan satu keputusan muktamad bagi cadangan diberikan terhadap Coelho hingga mengikat satu perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan disisi undang-undang.
Keputusan ini juga telah dijelaskan dengan penjelasan yang sama dalam kes Patridge v Crittenden [1968] 2 All ER 731 di mana penulis Sakina Shaik dan Azimon Abdul Aziz telah merujuk kes ini dengan mengambil pengataan yang dinyatakan oleh Lord Parker bahawa:-
'pada hemat saya, apabila seseorang berurusan dengan iklan dan surat edaran (circular), melainkan ia sememangnya datang dari pengeluarnya, telah wujud satu perniagaan yang disimpulkan sebagai satu pelawaan cadangan dan bukannya satu cadangan untuk menjual'.

2 comments:

  1. Hye...

    Blh sy tau lebih lanjut mengenai kes Coelho V. The Public Services Commission 1964..

    ReplyDelete
  2. ribuan terima kasih di ucapkan,disini dpt saya sesuatu yg bermakna dlm menjlnkan urusan-2 duniawi dgn seadil mungkin yg dpt saya berurusan seharian dlm perniagaan yg saya jln saban harinya mana mungkin pekara yg tidak diduga terjd, maka dgn ini berterima kasih sya lg kpd penulis blog ini yg sudi berkongsi maklumat ini, disini saya mengetahui landasan-2 perniagaan yg adil bg kedua pihak seadanya , didlm kitab jungjungan kita A Quran juga menegaskannya...jazzakallahukhoiran kasiro..

    ReplyDelete